fb fb fb fb fb

Neelofa ditemui selamat selepas hilang hampir 10 jam

Neelofa Entira ditemui selamat selepas dilaporkan hilang selama 10 jam dari sekolahnya/Foto JBPM

SARATOK, 26 Mac - Seorang murid perempun tahun lima SK Engkudu, ditemui selamat selepas hilang hampir 10 jam dari sekolahnya, petang tadi.

Neelofa Entita Entegang, 11, ditemui di kawasan kebun kira-kira satu kilometer dari sekolahnya dekat sini kira-kira 3.24 minit petang.

Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, pencarian dijalankan dalam radius tiga kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu SK Engkudu.

"Dari SK Engkudu pencarian diteruskan ke rumah panjang yang merupakan kediaman mangsa iaitu Rumah Bundak, Sg. Anak.

“Pada sebelah pagi, kawasan pencarian bermula dari radius satu kilometer sehinggalah ke radius dua kilometer di sekeliling SK Engkudu, iaitu bermula daripada tempat orang hilang tersebut.

"Mangsa kemudian dibawa menaiki ambulan EMRS dan dikejarkan ke Hospital Saratok untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, Neelofa Entira Entegang dari Rumah Bundak, Sungai Anak dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat berada di dalam bilik darjah di SK Engkudu sementara menunggu sarapan pagi pada 5.50 pagi tadi.

GRACE AISYAH KEDAYAN