fb fb fb fb fb

Na'im zahir takziah pemergian Yahya Sinwar

Poster takziah daripada JPM buat Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar

PUTRAJAYA, 19 Oktober – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hari ini merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Palestin atas pemergian Yahya Sinwar, seorang tokoh pejuang Palestin yang terkemuka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata, semangat perjuangan Yahya Sinwar dalam mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan terus dikenang oleh umat Islam di seluruh dunia.

"Sesungguhnya semangat perjuangan Yahya Sinwar mempertahankan tanah Palestin dan Masjid Al-Aqsa akan sentiasa dikenang oleh umat Islam seluruh dunia. Semoga semua amalannya dicatat sebagai amal soleh," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Na'im juga mengutuk tindakan zalim rejim Zionis Israel yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Seluruh umat Islam perlu terus mendoakan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin," katanya.

Semalam, pejuang Hamas mengesahkan kematian pemimpin mereka, Yahya Sinwar, dalam serangan udara oleh tentera Israel.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN