fb fb fb fb fb

Naikkan gaji penjawat awam, keputusan berani dan radikal- PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Mei di Dewan Sri Endon Puspanitapuri / BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Mei- Kerajaan mengambil keputusan berani dan radikal untuk menaikkan gaji penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan tidak mahu membebankan golongan berkenaan, meskipun kedudukan ekonomi negara masih belum stabil.

Malah katanya, majoriti penjawat awam tidak boleh dibebankan dengan kesalahan ketirisan dan keterlanjuran hutang negara.

"Kalau ikut pertimbangan dan teori ekonomi, semua kenaikan gaji sewajarnya ditangguhkan sehingga ekonomi lebih stabil, maknanya hutang kurang.

"Tetapi saya lihat dari segi madani, ihsan, tahap kecekapan, kemampanan, bagaimana boleh kita bebankan kepada penjawat awam, kesalahan yang bukan semuanya berpunca dari mereka, kadang-kadang daripada segi pengurusan, kecuaian oleh pihak lain,"katanya.

Terdahulu beliau telah mengadakan perbincangan teliti bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz selain mendengar kritikan berhubung keputusan itu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE