KUALA LUMPUR, 12 Disember - Kajian komprehensif meliputi pelbagai aspek berkenan cadangan menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik sedang dijalankan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata setakat 30 November, sebanyak 7,967,346 pemilik lesen B2 yang aktif di negara ini berbading pemilik lesen B iaitu sebanyak 453,846 pemilik.
Katanya, jumlah kematian melibatkan penunggang motosikal setakat bulan Jun tahun ini melibatkan antara umur 16 hingga 25 tahun.
"Remaja ini yang kena kaji betul-betul, dari segi mental dan tabiat semua ini dikaji, sebab kita takut orang umur 16 tahun bawa motosikal berkuasa tinggi, sebab inilah ianya perlu dikaji betul-betul," katanya
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan senator Hasbie Muda di Dewan Negara.