fb fb fb fb fb

Naik taraf kelajuan internet, RM100,000 diperuntuk kepada KYPJ

Foto hiasan

KULAI, 15 Februari- Johor memperuntukkan sebanyak RM100,000, bagi menaik taraf kelajuan internet, di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) di sini. 

Kemudahan internet percuma berkelajuan 200 megabit per saat (mbps) pada ketika ini, bakal tingkatkan kepada satu gigabit (gb) sesaat. 

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin berkata, usaha tersebut bakal memanfaatkan kira-kira 2,000 pelajar di kolej berkenaan.

Selain itu beliau juga akan memfokuskan pemerkasaan prasarana di KYPJ sejak menggalas portfolio terbabit, bermula kelmarin.  

"Prasarana KYPJ harus diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa agar ia sentiasa berselari dengan perkembangan teknologi masa kini.

"Tanpa prasarana yang baik, ia akan menyukarkan universiti tempatan bersaing di peringkat antarabangsa. Tanpa prasarana yang baik sesebuah universiti juga dianggap gagal," kata Aznan Tamin.

Projek-projek menaik taraf menara telekomunikasi di kolej berkenaan, akan dimulakan dalam masa terdekat.

Inisiatif itu selari dengan misi kerajaan negeri, dalam menaik taraf KYPJ kepada sebuah universiti menjelang 2025. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI