fb fb fb fb fb

Nahas bas: Jenazah pembantu operasi sekolah dibawa keluar dari bilik mayat

Jenazah dibawa ke Masjid Batu 3 Kuantan, untuk disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke Kampung Londang, Melaka bagi urusan pengebumian.

KUANTAN, 9 Jun- Jenazah Pembantu Operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Hamzah Ahmad, 60, dibawa keluar dari bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 5.15 petang tadi.

Jenazah dibawa ke Masjid Batu 3 Kuantan untuk disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke Kampung Londang, Melaka bagi urusan pengebumian.

Allahyarham adalah salah seorang mangsa yang terkorban dalam insiden membabitkan kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di simpang 3 Bahau, Jalan Kuantan - Segamat, awal pagi tadi.

Turut terkorban dalam insiden berkenaan, guru, Hasnatul Adilah Hassan, 48 dan kelindan bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29.

Kemalangan berkenaan turut menyebabkan enam lagi individu sedang menerima rawatan di HTAA.

Difahamkan, rombongan guru terbabit dalam perjalanan dari Masjid Tanah menuju ke Terengganu bersempena Program Lawatan Penanda Aras di SK Kompleks Seberang Takir.

Artikel Berkaitan:
Nahas bas Rompin: Kerajaan Melaka beri bantuan pengurusan jenazah
Dua maut, 37 cedera bas bawa rombongan guru rempuh treler

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM