fb fb fb fb fb

NACOOL beri fokus kawal harga barangan dan makanan

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dijadualkan tamat pada 4 Jun depan.

Untuk itu, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dijadualkan bermesyuarat bulan depan bagi membincangkan strategi mengawal harga barangan dan makanan selepas SHMKM berakhir.

Menterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini sebagai keprihatinan dalam memastikan rakyat tidak tertekan dengan isu kos sara hidup yang tinggi.

(Foto BERNAMA)

"Perkara ini bukan sahaja melindungi kepentingan pengguna, malah kerajaan turut ingin memastikan tiada pihak peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan secara tidak sihat dengan mengambil keuntungan yang tidak munasabah,

"Saya juga menyeru kepada semua pengguna di luar sana, sekiranya berhadapan dengan situasi amalan perniagaan yang tidak berintegriti, sila laporkan kepada kementerian mengikut saluran yang telah disediakan," jelasnya di Dewan Negara, hari ini.

Mesyuarat NACCOL bulan depan merupakan yang ketiga dilaksana dan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Media Baharu