fb fb fb fb fb

MySejahtera dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara

PUTRAJAYA, 5 Oktober - Aplikasi MySejahtera kini dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan aplikasi tersebut telah ditambah baik dengan pelbagai ciri baharu termasuk penyimpanan rekod kesihatan dan butiran imunisasi kanak-kanak.

Selain itu, ia juga untuk menyatakan ikrar pendermaan organ dan derma darah.

(Khairy bercakap kepada media selepas Perhimpunan Bulanan Bersama Warga KKM, di sini)

"Aplikasi MySejahtera dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan. Pemilikan, data selamat dan boleh digunakan sebagai platform kesihatan awam dan sejak beberapa bulan lepas pun saya rasa banyak ciri-ciri yang kita telah tambah

Jadi inilah transisi sebagai aplikasi kesihatan awam dan jelas laporan PAC telah mengesyorkan dan sebenarnya menyokong MySejahteraa sebagai aplikasi kesihatan awam," kata Khairy di sini.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semalam membentangkan Laporan Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri di Parlimen.

Media Baharu