fb fb fb fb fb

MyLesen: 2,500 penerima golongan B40 dapat lesen B2 percuma

Foto RTM

BANDARAYA MELAKA, 19 Oktober- Inisiatif MyLesen bantu 2,500 golongan B40 di Melaka untuk mendapatkan lesen memandu B2 secara percuma.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Sharif berkata rata-rata peserta adalah individu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Baitumal serta orang asli negeri Melaka.

Katanya, program tersebut melibatkan lapan institut memandu di Melaka.

"136 orang adalah calon 51 tahun ke atas, 495 orabg berumur 31 hingga 50 tahun manakala 1,899 orang berumur 16 hingga 30 tahun. Itu pecahan umur untuk program MyLesen di Melaka.

Jumlah itu meliputi semua daerah, majoriti adalah daripada Melaka Tengah. Program MyLesen ini adalah komitmen dan usaha kerajaan meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan bagi setiap isi rumah khususnya golongan B40," kata Muhammad Firdaus kepada pemberita, hari ini.

Beliau ditemui pada Majlis Penutup Program My Lesen peringkat negeri Melaka di Muzium Rakyat, di sini.

Tambahnya, menerusi program berkenaan, individu terlibat kini dapat membawa motorsikal dalam keadaan lebih selamat dan kompeten selain mematuhi peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM