fb fb fb fb fb

MyCARE sumbang RM4juta ke Palestin

Jualan amal Gaza dan Car Boot Sale oleh Kelab Media Johor

JOHOR BAHRU, 2 Disember- Hampir RM4 juta sudah disumbangkan Humanitarian Care Malaysia, MyCARE menerusi empat fasa kepada Palestin.

Pengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani berkata, MyCARE Johor pula menyumbangkan RM70,000 setakat ini.

Beliau berkata, RM500,000 diserahkan masing-masing untuk fasa satu dan dua manakala RM1.1 juta pula diserahkan masing-masing pada fasa tiga dan empat.

Jelasnya, bantuan diteruskan sepanjang masa ke Gaza  bagi memastikan kebajikan rakyat-rakyat Palestin terjaga.

"Empat fasa meliputi barang keperluan makanan dan tilam sementara fasa keempat kita fokus kepada perubatan la ambulans dan ubat ubatan,"katanya.

Pasar raya besar, Econsave turut tampil dengan menyumbangkan RM300,000 setakat ini.

Sementara itu, Kelab Media Johor hari ini menyumbangkan RM5,000 kepada MyCARE untuk membantu penduduk Gaza.

Presidennya, Mohamad Fauzi Ishak berkata, sumbangan hasil jualan ahli-ahli Kelab Media Johor yang menyertai jualan amal Gaza, Car Boot Sale di sebuah pasar raya pagi tadi.

Pelbagai jualan menarik diadakan antaranya menjual barangan koleksi peribadi, kek lapis dan produk-produk makanan ringan.

Turut diadakan pameran daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Johor, MyCare dan sebagainya.

Acara bermula pukul 9 pagi itu berjaya menarik kedatangan ramai pengunjung yang turut menderma kepada Tabung MyCare Palestin. 

 

0212 MYCARE SUMBANGAPengurus MyCARE Johor, Rozi Abdul Ghani

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE