fb fb fb fb fb

MyCARE, Econsave sampai sumbangan rakyat Malaysia di Syria

Ketua Misi yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr Mohd Zin

SYRIA, 21 Disember - Lebih 50 keluarga atau 200 penduduk di dua kem pelarian di Albab, di sini menikmati hidangan kambing biri-biri hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk program akikah di kem pelarian itu.

Ketua Misi yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr Mohd Zin Kandar berkata setiap keluarga menerima dua bungkus makanan nasi arab.

Katanya, akikah menjadi program utama setiap kali misi kemanusiaan.

"Insya-Allah kita boleh melaksanakan hajat akikah rakyat Malaysia yang mana ia lebih diperlukan di sini kerana mereka sangat miskin dan tinggal di kem pelarian, jadi mereka jarang dapat makan daging dan ini satu keutamaan lah," kata Dr Mohd Zin, di sini.

"Kambing ini boleh dikatakan menu mewah di Syria ini. Jadi harganya mahal seekor dalam RM1,400 jadi kita pun galakkan mereka yang mahu melakukan akikah itu boleh dibuat di Syria, dengan musim sejuk ini mereka tinggal di kemah jadi apabila aktiviti akikah ini diharap dapat meringankan beban mereka ketika ini," kata Pengurus Besar Pasaraya Econsave, Mas Imran Adam.

Program akikah akan diteruskan di Yaman yang dijadualkan hujung minggu ini.

TETITIA YUSOFF