fb fb fb fb fb

MYAirline dalam rundingan dengan dua pelabur berpotensi

MYAirline

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- MYAirline Sdn Bhd melaporkan pihaknya kini dalam rundingan lanjut dengan dua pelabur berpotensi bagi memulihkan operasinya.

Syarikat itu memaklumkan secara keseluruhan MYAirline menerima sebanyak 15 cadangan daripada pelabur berpotensi terbabit.

"Pakej permodalan semula tersebut akan memudahkan pembayaran balik wang kepada penumpang terjejas, pembayaran gaji pekerja dan yuran berkanun.

"MYAirline juga telah membalas notis tunjuk sebab diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)," katanya dalam kenyataan.

MYAirline turut mengulangi pendirian tidak akan memberhentikan atau memberi cuti tanpa gaji kepada mana-mana kakitangan sejak operasinya digantung 12 Oktober lalu.

Syarikat itu juga telah memeterai perjanjian dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memohon Skim Insurans Pekerja (EIS) bagi meringankan beban kewangan pekerja.

Lebih 30,000 panggilan dan e-mel telah diterima berhubung bayaran balik kepada penumpang terjejas, yang akan dibuat selepas mendapat pelabur baharu.

ARTIKEL BERKAITAN:
Isu gaji: MTUC, pekerja MYAirline lapor polis
Peguam kes i-serve, MYAirline dibebaskan dengan jaminan polis
Empat individu terlibat kes i-Serve, MYAirline direman
Usul isu MYAirlines, dibahaskan di Parlimen - Anthony
CAAM gantung sijil AOC MYAirline
MYAirline tumpu usaha pulang balik wang pelanggan, bayar gaji pekerja
CEO MYAirline letak jawatan atas sebab kesihatan
MYAirline gantung operasi berkuat kuasa hari ini
Penggantungan operasi MyAirline, 125,000 penumpang, 900 kakitangan terjejas
Batik Air dan AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirline terjejas

SITI AISHAH BINTI MD ISA