fb fb fb fb fb

MWC 2024, platform penting tingkat penggunaan 5G

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

BARCELONA, 25 Februari - Malaysia akan memberi fokus kepada peningkatan tahap penggunaan 5G.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ia susulan lonjakan jumlah pengguna kepada hampir 10.07 juta orang, setakat 31 Januari lalu.

Beliau berkata, Mobile World Congress (MWC) 2024 yang bakal membuka tirainya esok, akan menjadi platform penting dalam pelaksanaan usaha tersebut.

Fahmi yang mengetuai delegasi Malaysia ke MWC 2024 di Barcelona, Sepanyol berkata tumpuan antara lain diberi kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

"Sudah pasti antara perkara yang menjadi keutamaan untuk kerajaan adalah pastikan syarikat-syarikat PMKS faham manfaat yang boleh diperoleh dengan penerima gunaan 5G bagi perniagaan, kilang-kilang dan perusahaan mereka. Pada masa yang sama, dalam MWC 2024 dijangka kita dapat menyaksikan beberapa teknologi baharu contohnya apa yang disebut sebagai "5G advance" atau 5.5G.

"Ini merupakan teknologi tambahan kepada 5G yang meningkatkan jumlah peranti yang boleh menghubungkan dalam satu-satu masa jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding 5G sahaja dan kelajuan lebih tinggi jika dibandingkan dengan 5G," katanya kepada pemberita, di sini.

Fahmi dijadual menyampaikan ucaptamanya pada pembukaan Pavilion Malaysia yang pertama di MWC, esok.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN