fb fb fb fb fb

BBP Jalan Kubu, Melaka bakal dijadikan Muzium Bomba

BUKIT KATIL, 19 Julai- Muzium Bomba yang bakal diwujudkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Melaka akan mempamerkan sejarah kewujudan bomba di negara ini termasuk peralatan awal yang digunakan pasukan bomba ketika itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain berkata, berkonsepkan muzium hidup, ia akan memberi pengalaman menarik dan ilmu bermanfaat kepada pengunjung.

Dengan kos pengubahsuaian keseluruhan RM3.5 juta , ia kini dalam fasa spesifikasi dan tender oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Mungkin dalam tempoh satu atau dua tahun ini hasrat untuk melihat sebuah muzium bomba di Malaysia ni wujud di Melaka. Semua artifak-artifak bomba sejarah bomba bermula daripada ianya bermula di zaman kolonial dulu sehingga sekarang juga bahan-bahan kita panggil 'live' muzium, maknanya di sana juga kita akan mempamerkan bahan-bahan pameran hidup, video pembelajaran awam dan juga baha-bahan ilmiah yang ada di Malaysia kita akan kumpulkan di Melaka," katanya.

Abu Bakar ditemui pemberita pada Perhimpunan Dwi Tahunan JBPM Melaka di Bukit Katil.

Jelas Abu Bakar, pemilihan BBP Jalan Kubu sebagai lokasi muzium itu bertepatan dengan sejarahnya yang merupakan antara Balai Bomba terawal di wujudkan di negara ini iaitu pada tahun 1972.

Walaupun, muzium diwujudkan di balai bomba berkenaan, namun fungsinya bagi membantu apabila berlaku kecemasan atau kebakaran masih beroperasi seperti biasa.


(Pengarah JBPM Melaka, Abu Bakar Katain (tengah) pada Perhimpunan Dwi Tahunan JBPM Melaka di Bukit Katil)

Media Baharu