fb fb fb fb fb

MTL, bilik gerakan banjir dibuka di beberapa universiti awam - KPT

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 22 November- Bilik Gerakan Banjir dibuka di beberapa universiti awam (UA) yang terjejas akibat banjir.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan memaklumkan menerusi hantaran di laman Facebook, ia bertujuan membantu penyebaran maklumat serta bantuan awal kepada mereka yang terjejas.

"Antara institusi terlibat termasuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan UiTM," menurut kenyataan itu.

Langkah tersebut susulan Monsun Timur Laut yang menyaksikan beberapa kawasan di Pantai Timur menerima taburan hujan yang tinggi, mengakibatkan banjir di beberapa kawasan.

KPT turut mengingatkan warga IPT agar berwaspada selain mematuhi langkah keselamatan serta peka dengan persekitaran.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM