fb fb fb fb fb

MTL: 1,000 anggota APM bersiap sedia

Foto FB APM Selangor

PORT DICKSON, 5 November - Seramai 1,000 anggota dan pasukan sokongan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah APM Selangor, Ghazali Abdul Rahman berkata sebanyak 13 unit kenderaan pancuan empat roda, (11) unit ambulan, (42) unit pelbagai jenis bot ringan serta (535) unit jaket keselamatan juga telah diatur gerak.

Katanya, lebih 2,000 buah khemah ‘C-Tent’ untuk pusat pemindahan banjir juga disediakan.

"Dalam keadaan siap sedia boleh dipanggil bila-bila masa dan Bilik Gerakan di peringkat daerah pun, peringkat APM sendiri telah diarah untuk dikuat kuasa 24 jam.

"Tambahan aset selain daripada yang ada, diperingkat negeri Selangor memang kami  ada konsep bergerak dalam peringkat zon kalau ada keperluan tambahan diperingkat negeri Selangor kami akan minta bantuan  ke negeri sebelah seperti Wilayah, Perak itu di peringkat zon tengah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Latihan Pengendalian Bot “SEALEG” dan Bot Ringan siri khas APM Selangor di Pantai Batu 8, di sini.

Tambah Ghazali, APM turut bersedia dengan Pasukan Respon Bencana Sokongan (PARAS) yang akan dikerah membantu di negeri-negeri yang lain.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN