fb fb fb fb fb

MTHQA ke-64: Semua peserta beri saingan sengit

Sirajuddin Suhaimee

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kualiti bacaan al-Quran yang dipersembahkan oleh peserta Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari tahun ke tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga Pengerusi Jemaah Hakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, menyatakan bahawa kesemua peserta memberikan saingan sengit, menyebabkan panel hakim sukar membuat penilaian.

"Jika kita benar-benar mengikuti mutu bacaan untuk hafazan pada waktu pagi atau siang, serta bacaan tilawah pada waktu malam, terdapat peserta yang menunjukkan mutu bacaan yang baik. Terdapat juga wajah-wajah baharu yang kita harapkan dapat terus menyertai hafazan dan tilawah al-Quran.

"Semangat penyertaan mereka ini diharapkan dapat dipertingkatkan dari masa ke masa, khususnya bagi negara-negara yang mempunyai minoriti umat Islam," katanya kepada pemberita di sini.

MTHQA ke-64 menampilkan 92 peserta dari 71 negara dan berlangsung dari 5 hingga 12 Oktober di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM