fb fb fb fb fb

MPHTJ libatkan pemimpin masyarakat, laksana kajian rancangan 2035

Datin Sapiah Haron

BANDA HILIR, 27 Jun- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil pendekatan komprehensif dengan melibatkan pemimpin masyarakat dalam pelaksanaan kajian rancangan tempatan 2035.   

Yang Dipertua MPHTJ Datin Sapiah Haron berkata, usaha itu bagi memastikan setiap pemimpin jelas dan dapat memberi pandangan holistik dengan setiap pembangunan di kawasan masing masing.

Penglibatan itu melibatkan sebanyak 47 pemimpin masyarakat daripada tujuh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka.

"Mereka akan lebih jelas apa itu rancangan tempatan dan ia tidak terhenti di sini. Kita akan turun ke setiap DUN dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN).

"...setiap wakil JAPERUN ini akan dipanggil termasuk Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan untuk bersama-sama mendengar apa yang diperkatakan mengenai rancangan tempatan dan apa pandangan serta cadangan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Kick Off Kerajaan Rancangan Tempatan MPHTJ 2035 (Penggantian) di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI