fb fb fb fb fb

MOTAC serah 20 set busana tradisional etnik kepada KLN

Datuk Seri Tiong King Sing (KIRI) dan Datuk Seri Mohamad Hassan pada majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua bawah Inisiatif Diplomasi Budaya untuk diagihkan kepada 20 Pejabat Perwakilan Malaysia yang strategik di luar negara.

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Sebanyak 20 set busana tradisional etnik-etnik di Malaysia di serahkan kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk diagihkan kepada Pejabat Perwakilan Malaysia.

Ini merupakan sesi penyerahan kedua oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selepas sesi pertama dilaksanakan pada Januari 2022.

"Ini merupakan komitmen MOTAC untuk terus memperkasakan seni budaya dan warisan Malaysia.

"Inisiatif ini juga merupakan salah satu usaha MOTAC untuk meningkatkan kefahaman dan peranan duta-duta Malaysia di luar negara dalam mempromosiklan seni dan budaya negara kita, mengukuhkan kolaborasi kebudayaan dengan pertubuhan- pertubuhan antarabangsa,"katanya.

Majlis penyerahan telah disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hassan di Putrajaya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE