MOT hargai pengamal media, Anthony Loke rai rakan media dalam majlis iftar

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 10 Mac– Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook hari ini meraikan pengamal media dalam majlis iftar anjuran Kementerian Pengangkutan (MOT) sebagai tanda penghargaan atas kerjasama berterusan yang terjalin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis iftar tahunan MOT bersama RAC dan MRT Corp menghargai peranan media menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
  • Program menjadi platform terbaik untuk memperkukuh hubungan antara kementerian dan pihak media dalam suasana santai Ramadan.
  • Majlis dihadiri kira-kira 74 pengamal media daripada pelbagai agensi serta wakil agensi di bawah MOT.
  • Ketua Setiausaha MOT Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis berbuka puasa dengan kerjasama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) itu merupakan acara tahunan kementerian bagi menghargai peranan penting media dalam menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.

Menurut Anthony Loke, program sedemikian menjadi platform terbaik untuk memperkukuh hubungan antara kementerian dan pihak media dalam suasana yang lebih santai sepanjang bulan Ramadan.

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 74 pengamal media daripada pelbagai agensi serta wakil agensi di bawah MOT.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MOT, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan.