fb fb fb fb fb

MOSTI tidak kecualikan syarikat pemula dapat bantuan, biaya

(Adham Baba berucap sempena majlis pelancaran KL Venture Finance Forum 2022 (KLVF22) dan
Sambutan Ulangtahun ke-20 Malaysia Dept Ventures Berhad (MDV) di sebuah hotel, pada Isnin/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 September- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak akan mengecualikan mana-mana syarikat pemula berteknologi tinggi tempatan daripada mendapat bantuan dan pembiayaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata ini bagi mengelak penghijrahan syarikat pemula yang berpotensi mencapai status Unicorn berhijrah ke negara lain untuk mendapat modal perniagaan.

"Untuk itu saya telah pun membuat pendirian dan arahan kepada MOSTI supaya tidak mengecualikan mana-mana syarikat startup daripada sektor-sektor berteknologi tinggi ini, untuk dibiayai atau dibantu sehingga mereka mendapat beberapa siri pembiayaan," katanya.

(Adham Baba)

Beliau menyatakan demikian selepas melancaran KL Venture Finance Forum (KLVF) 2022 dan Sambutan Ulangtahun ke-20 Malaysia Debt Ventures (MDV) Berhad, di sini pada Isnin.

Menurut Adham, pihaknya juga sedang merangka pelan hala tuju Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi bertujuan menarik pelaburan syarikat modal teroka antarabangsa ke negara ini.

Media Baharu