fb fb fb fb fb

MITEN 2023 siri ke-2, lebih 400 peserta dari enam negara terlibat

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan acara pelepasan MITEN 2023 siri ke-2, pagi tadi

AYER KEROH, 17 Disember- Lebih 400 peserta mewakili enam negara menyertai Perlumbaan Basikal Melaka International Tourism Endurance (MITEN) 2023 siri ke-2.
 
Penolong Pengarah MITEN, Mohd Fariq Mansor berkata antara negara yang menyertai termasuklah Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand.
 
Kelainan dalam penganjuran pada kali ini, lapan kategori dipertandingkan termasuk satu kategori baharu iaitu kategori ‘Men Heavyweight’ dengan berat 95 kilogram (kg) ke atas.
 
Perlumbaan melibatkan jarak 160 kilometer (km) melalui tiga daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.
 
"Alhamdulillah, ia telah dimasukkan dalam kalendar pelancongan sekali gus bakal menjadi acara tahunan.

Kami merancang pada tahun depan, kemungkinan akan diadakan pada bulan Mei iaitu bulan sukan Tahun Melawat Melaka 2024," kata Mohd Fariq kepada pemberita, di sini.
 
Pelepasan peserta pagi tadi disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Ayer Keroh, Melaka.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM