MERSING, 31 Januari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Malaysia Zon Maritim Mersing, melaksanakan misi menghantar bekalan makanan kepada penduduk Pulau Tinggi, Mersing.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, Bot Perkasa 44, digerakkan,semalam bagi menghantar 56 bungkusan makanan.
Beliau berkata keadaan hujan lebat dan laut bergelora,tidak menghalang pihaknya meneruskan misi, kepada penduduk yang terputus bekalan akibat cuaca buruk.
Ujarnya, bantuan itu demi kelangsungan hidup komuniti maritim tempatan.
Misi bantuan disertai 16 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah Mersing, Angkatan Pertahanan Awam Mersing dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Mersing.
(Pegawai dan anggota pelbagai agensi menghantar bekalan makanan kepada penduduk
Pulau Tinggi, Mersing)