fb fb fb fb fb

Misi Flotilla ke Gaza, cabar sekatan haram Israel

Foto RTM

SERI KEMBANGAN, 17 April - Tiga buah kapal berkapasiti lebih 5,000 tan dan lebih 1,000 orang akan berlayar ke Gaza dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini bagi membawa bantuan kemanusiaan.

Program merupakan sebahagian daripada pengisian misi 'Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla'.

Antara yang dibawa termasuk ubat, pek makanan, pakaian dan khemah perlindungan.

Turut dibawa bersama,beberapa kenderaan termasuk lapan ambulans.

Menurut Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, misi kemanusiaan ini adalah sebahagian daripada gerakan global Freedom Flotilla Coalition.

"FFC telah menerima 11,000 permohonan terdiri lebih daripada 30 buah negara dan seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan" katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), di sini pada Selasa.

Kamal berkata, misi kemanusiaan itu membabitkan pelbagai latar belakang Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari serata dunia antaranya Indonesia, Turkiye, Amerika Syarikat, Itali dan Australia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD