fb fb fb fb fb

Minggu Sains Negara 2024 perkasa STEM

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Negara, Hazami Habib

KUALA LUMPUR, 17 April- Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terus diperkasa menerusi Minggu Sains Negara 2024.

Pelbagai pengisian program dilaksana selama tujuh bulan bermula April mendedahkan generasi muda terhadap kepentingan bidang STEM dalam pembangunan negara dan alam sekitar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Negara, Hazami Habib, dengan tema Kesihatan Planet, pembangunan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menyertai aliran STEM bakal dipertingkat.

"Tema Minggu Sains Negara secara kesleuruhan merakyatkan sains, menginsankan teknologi, dan mengarusperdanakan inovasi. Jadi kita mahu ketiga-tiga elemen itu bersama dan ramai rakyat boleh berinovasi.

"Daripada sekecil-kecil benda, boleh diinovasi akan beri impak yang baik kepada masyarakat negara dan kepada ekonomi,"katanya.

Kongsinya, Akademi Sains dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ketika ini sedang membangunkan pelan tindakan kesihatan planet yang menggariskan ciri kepimpinan generasi muda dan memperkasa alam sekitar melalui sains dan teknologi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE