Miao Hui tarik pelancong antarabangsa, pamer keunikan warisan Tiong Hua

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 18 Januari – Festival sempena Tahun Baharu Cina, Miao Hui berjaya menarik sekurang-kurangnya 200,00 pengunjung ke Pulau Pinang setiap tahun sekali gus menjadikan acara tersebut sebagai antara tarikan pelancongan antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mempamerkan keunikan warisan, budaya dan adat resam komuniti Tiong Hua di Pulau Pinang.
  • Menjadi acara tahunan yang berterusan sejak 1999, kini dalam edisi ke-27.
  • Berperanan sebagai tarikan pelancongan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menarik puluhan ribu pengunjung setiap penganjuran, menyumbang kepada sektor pelancongan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, meskipun memasuki edisi ke-27 sejak penganjuran sulungnya pada 1999, ia terus mengangkat keunikan warisan, budaya dan adat resam komuniti Tiong Hua di negeri itu kepada pengunjung.

“Perayaan Miao Hui ini telah menjadi acara pelancongan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa kerana setiap penganjurannya menarik sekurang-kurangnya 200,000 pengunjung bagi menikmati pengalaman budaya serta warisan komuniti Cina di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyalaan Lampu Miaohui Pulau Pinang 2026 di sini.