fb fb fb fb fb

METMalaysia keluar amaran dan penamatan hujan berterusan tahap waspada

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 23 November - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang serta seluruh Terengganu hingga Sabtu ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala Pahang di Kuantan.

Dalam pada itu, METMalaysia turut mengumumkan penamatan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

"Penamatan amaran hujan berterusan tahap wasapada melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu," menurut kenyataan itu.

Di Perak pula amaran itu ditamatkan bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Manjung.

TETITIA YUSOFF