Metaverse buka dimensi baru usahawan mahasiswa dan pembelajaran interaktif.

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 April – Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kini memperkasa ekosistem digital melalui penggunaan teknologi Metaverse dalam bidang keusahawanan dan akademik.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam melahirkan graduan yang kompetitif di pentas ekonomi global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Metaverse membolehkan Generasi Z menjalankan perniagaan realistik melalui avatar dan persekitaran digital.
  • Memperluas promosi produk kepada pelanggan antarabangsa, membuka peluang pasaran global.
  • Metaverse meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran berbanding kaedah dalam talian konvensional.
  • Perlu kawalan keselamatan, integriti mahasiswa, dan syarat penyedia platform; pendidikan tanggungjawab penting untuk usahawan siswa.

Penolong Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr. Badrul Isa menyatakan platform tersebut membolehkan Generasi Z menjalankan perniagaan realistik melalui penggunaan avatar dan persekitaran digital.

Selain mempromosikan produk kepada pelanggan antarabangsa, Metaverse turut meningkatkan keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berbanding kaedah dalam talian konvensional.

“Apabila kita mendedahkan diri ke alam maya tanpa sempadan, kita turut terdedah kepada isu keselamatan. Paling penting, mahasiswa yang ingin menjinakkan diri dalam Metaverse perlu mempunyai integriti. Penyedia platform juga mesti menetapkan syarat supaya ia digunakan mengikut tujuan asal. Untuk melahirkan usahawan siswa, kita perlu mendidik mereka menjadi pengguna dan pengunjung yang bertanggungjawab.”

UiTM kini giat memperluas program berasaskan Metaverse bagi memastikan bakal usahawan muda bersedia mendepani cabaran landskap digital masa hadapan