
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, setakat pukul 12.00 tengah hari ini.
- Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim, Bandar Baharu) dan seluruh Pulau Pinang berisiko ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
- Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk) serta Rompin di Pahang turut dijangka terjejas.
- Negeri Sembilan (Jempol, Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Kota Tinggi, Johor Bahru), Sarawak dan Labuan disenaraikan.
Menurut MET Malaysia, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Kedah membabitkan Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta seluruh Pulau Pinang.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung serta Bagan Datuk selain Rompin di Pahang.
“Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
“Sarawak: Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Labuan,” menurut kenyataan itu.