fb fb fb fb fb

Menu Rahmah: Hidangan seimbang pada harga lebih murah

(FOTO RTM)

ANGKASAPURI, 9 Februari-Menu Rahmah, langkah tepat dalam usaha memperkenalkan konsep makanan seimbang bagi semua lapisan masyarakat.

Menurut Pegawai Dietetik USM, Nor Elyana Awang@Nawi, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, hampir 90 peratus rakyat tidak mengambil saranan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi.

Justeru Menu Rahmah dapat memastikan rakyat terutama golongan B40 dapat menikmati hidangan yang mengandungi makronutrien lengkap pada harga lebih murah.

"Inisiatif menu Rahmah sangat bagus sebab mampu ubah cara hidup atau amalan rakyat Malaysia. Kita boleh jadikan menu ini sebagai usaha bagi jadikan rakyat Malaysia makan dengan lebih sihat", katanya ditemui ketika menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di sini.


(Pegawai Dietetik USM, Nor Elyana  Awang @ Nawi/FOTO RTM)

Media Baharu