KUALA LUMPUR, 29 Julai - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mezahirkan rasa dukacita atas pemergian bekas wartawan Utusan Malaysia serta ahli Kelab Wartawan Kuala Lumpur dan Selangor (KLS), Nurulanuar Mansor.
Menurut beliau menerusi platform sosial media rasminya, Allahyarham amat berbakat dalam bidang seni dan pernah menghasilkan sebuah karikatur yang dihadiahkan kepadanya semasa Majlis Makan Malam Gabungan Kelab Media Malaysia, bulan lalu.
Ucapan takziah turut dizahirkan kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham dan beliau mendoakan agar diberikan kesabaran, ketabahan serta kekuatan dalam mendepani kehilangan insan tersayang.