fb fb fb fb fb

Memperkasa Semarak Uniti Keluarga Malaysia simbolik perpaduan

JEMPOL, 4 Jun - Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia akan terus dipergiat di peringkat akar umbi bagi mendukung usaha kerajaan memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, bermula di peringkat akar umbi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program itu menyemarakkan aspirasi perpaduan Keluarga Malaysia.

13 program dirancang di bawah program Semarak Uniti Keluarga Malaysia yang bakal dilaksana secara tetap dalam usaha menyemai semangat muhibah dalam kalangan Keluarga Malaysia.

“Program ini bagi menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia yang berteraskan nilai-nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

“Inilah pendekatan yang ditekankan oleh kementerian bagi memastikan program-program perpaduan dapat didengari, dilihat dan dirasai seluruh Keluarga Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Felda Wilayah Raja Alias di sini hari ini.

(Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique hadir merasmikan
Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia di Felda Wilayah Raja Alias/FOTO FB Mohd Salim)

Turut hadir Ahli Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.

Halimah berkata, program yang sama dijadual dilaksana di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Sepanjang pelaksanaan program tersebut pelbagai pengisian menarik akan diadakan bagi memastikan program-program perpaduan dapat didengari seluruh Keluarga Malaysia.

Parlimen Jempol dipilih sebagai lokasi pertama bagi menjayakan program tersebut yang berlangsung hari ini dan esok.

Media Baharu