fb fb fb fb fb

Melaka yakin capai pelaburan RM7.6 bilion hujung tahun ini

AYER KEROH, 3 Ogos - Kerajaan Negeri Melaka yakin pelaburan berjumlah RM7.6 bilion mampu diperolehi menjelang hujung tahun ini, mengatasi sasaran awal sebanyak RM5 bilion.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini Melaka telah menerima pelaburan berjumlah hampir RM6 bilion dan optimis bakinya dapat dicapai menerusi pelaburan dari China dan Jerman selepas ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti beberapa perkara yang perlu diberi tumpuan bagi merancakkan sektor pelaburan di negeri berkenaan, antaranya menggalakkan penyertaan pihak swasta untuk pelaburan berkualiti.

(Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

"Kita mensasarkan memang setiap tahun Melaka RM5 billion, RM5 billion telah pun kita capai pelaburan yang dibawa oleh Texas Instrument dalam RM2.6 billion, pelabur-pelabur daripada Jerman, China menjelang hujung tahun ini akan kita lengkapkan RM7.6 billion," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Kompleks Seri Negeri, di sini.

Jun lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan, Texas Instruments melabur sebanyak RM14.6 bilion untuk mengembangkan operasinya di Kuala Lumpur dan Melaka.

Pengeluaran di kedua-dua lokasi tersebut dijangka bermula seawal 2025.

Media Baharu