fb fb fb fb fb

Melaka antara yang terawal laksana Jualan Ihsan Rahmah BTS 2024

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup Melaka, Alex Seah Shoo Chin / Foto RTM

BUKIT BARU, 17 Februari - Melaka menjadi antara negeri terawal melaksanakan Jualan Ihsan Rahmah Back To School (BTS) 2024.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup Melaka, Alex Seah Shoo Chin berkata, program tersebut akan berlangsung bermula 17 Februari hingga 3 Mac 2024 sebagai persediaan kembali ke sekolah.

Menurut Alex, Empat pasar raya terlibat dijangka terlibat dengan program berkenaan.

Sebanyak 30 peratus diskaun ditawarkan bagi pelbagai barangan persekolahan.

Antara barangan tersebut termasuk pakaian sekolah, kasut, beg sekolah dan kelengkapan alat tulis.

"Kalau ada pasar raya yang berminat untuk turut serta, mereka boleh berhubung dengan KPDN untuk berhubung dengan pihak kami. Kita akan cuba selaraskan.

"Dari sudut kualiti, sama seperti pasar raya yang lain, cuma kita ada potongan sebanyak 30 peratus", katanya selepas melancarkan Jualan Ihsan Rahmah Back To School di Pasaraya Keluargaku, di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD