fb fb fb fb fb

Mekanisme pelarasan pencen veteren ATM, berdasarkan gaji semasa

Adly Zahari

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Mekanisme pelarasan pencen bagi veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibuat berdasarkan peningkatan gaji dalam perkhidmatan awam.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ia akan dilaksana setelah gaji anggota diselaraskan, sekali gus membolehkan veteran terlibat menikmati manfaat berkenaan.

"Benar apabila tingkatkan gaji, anggota veteran terlibat dengan pelarasan pencen termasuk pelarasan pada Januari tahun ini dan tahun depan. Penyelarasan ini sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk memastikan anggota veteran terpelihara," katanya.

Beliau berkatad demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa berhubung keputusan mahkamah pada 4 Jun lalu yang memutuskan veteran bersara sebelum 1 Januari 2013 tidak layak menerima pelarasan pencen.

Selain Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), Kementerian Pertahanan turut menyalurkan bantuan lain kepada veteran berpencen dan tidak berpencen, termasuk bawah paras keperluan RM1,198 sebulan.

Tambahan RM300 sebulan diberikan kepada mereka yang mempunyai ahli keluarga tidak berupaya atau bilangan ahli keluarga yang masih bersekolah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI