fb fb fb fb fb

Media berperanan penting dalam pembinaan negara bangsa

Foto FB JP JP Tan

KUCHING 26 Februari- Pembinaan negara bangsa memerlukan profesionalisme pengamal media dalam menyebarluaskan maklumat yang berfikiran ke hadapan dan betul.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, berbeza 50 tahun lalu, media sekarang perlu lebih proaktif terutamanya bagi mengatasi perkembangan berita palsu yang mudah disebar menerusi media sosial.

Katanya, cabaran media sekarang lebih rumit dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mula memberikan gambaran dan penulisan yang mampu memberi pengaruh.

"Saya menyeru pengamal media di Sarawak supaya memainkan peranan masing-masing terutamanya dengan menyebar nilai-nilai Sarawak perlukan termasuk dalam isu autonomi, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini akan meninggalkan legasi yang mampan kepada generasi akan datang selepas tahun 2030," katanya kepada pemberita pada Malam Media Anjuran Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, (KDJA) di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM