fb fb fb fb fb

MCMC sasar 10 juta transaksi tanpa tunai

Foto hiasan

KULAI, 10 Mac- Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) menyasarkan 10 juta transaksi pembayaran tanpa tunai (e-wallet) melalui program masyarakat tanpa tunai di seluruh negara tahun ini.

Ia berdasarkan rekod 4.023 juta transaksi e wallet dengan jumlah RM106 biilion yang dicatat tahun lalu berbanding tahun 2022 iaitu sebanyak 3.186 juta transaksi.  

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, sehingga Februari lalu, lebih 2,700 peniaga berjaya didaftarkan melibatkan 20,035 transaksi tunai.    

"Program ini sejak tahun 2023, jadi sampailah hujung Februari tahun ini kita nampak melalui Program Cashless Society ini telah merekodkan 20,035 pengguna transaksi tanpa tunai.

"Kira-kira 2,740 peniaga berjaya didaftarkan sebagai premis digital setakat Februari tahun ini, jadi itulah hasil kita sejak tahun lalu apabila program ini dilancarkan," katanya selepas Majlis Pelancaran Cashless @ Nadi Felda Taib Andak, di sini.

Program itu bertujuan mempertingkatkan kefahaman rakyat supaya menggunakan perkhidmatan bayaran tanpa tunai dengan lebih berkesan sejajar pelan sektor kewangan 2022-2026 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan sasaran purata seorang individu melakukan 400 transaksi tanpa tunai.  

Ia dilaksanakan di 61 lokasi terpilih melibatkan negeri Johor, Negeri Sembilan dan Pahang sepanjang tahun ini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI