MCMC buka Rundingan Awam Kerangka ONSA

Gambar hiasan

CYBERJAYA, 12 Februari – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memulakan Rundingan Awam berhubung cadangan kerangka kawal selia bagi Pelan Keselamatan Dalam Talian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rundingan Awam MCMC buka untuk maklum balas mengenai draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak di bawah ONSA 2025.
  • Kerangka bertujuan mempertingkat keupayaan platform mengurus risiko keselamatan dalam talian, memberi penekanan pada perlindungan kanak-kanak dan golongan rentan.
  • Orang awam, industri dan NGO digalakkan memberi pandangan; maklum balas diterima sehingga 5 petang, 13 Mac, melalui saluran fizikal atau dalam talian.

Menurut Komunikasi Korporat MCMC, rundingan itu merangkumi draf Kod Pengurangan Risiko dan Kod Perlindungan Kanak-Kanak di bawah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA).

“Kerangka kawal selia dan draf kod yang dicadangkan bertujuan mempertingkatkan keupayaan platform dalam talian mengurus risiko keselamatan, dengan penekanan khusus terhadap perlindungan kanak-kanak, keluarga dan golongan rentan.

“Selain itu, ia menetapkan keperluan jelas kepada penyedia perkhidmatan untuk mengambil langkah terbaik bagi mengurangkan kemudaratan dalam talian secara praktikal,” menurut kenyataan itu.

Rundingan Awam ini memberi ruang kepada orang awam, pemain industri, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan untuk meneliti dokumen rundingan serta mengemukakan pandangan berhubung keberkesanan dan kebolehlaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap perlindungan keselamatan dalam talian.

Maklum balas boleh dihantar secara bertulis, sama ada fizikal atau dalam talian, selewat-lewatnya pada 5 petang, 13 Mac ini.

Pihak yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang rasmi MCMC.