fb fb fb fb fb

MBKS ceriakan 200 kanak-kanak asnaf

Program Ihya Ramadan MBKS Bersama Komuniti 2024

KUCHING, 22 Mac- Seramai 200 orang kanak-kanak asnaf sekitar kawasan selian Majlis Perbandaran Kuching Selatan (MBKS) menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan harian bagi persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, dalam Program Ihya Ramadan MBKS Bersama Komuniti 2024 yang berlangsung di Dewan Masyarakat MBKS hari ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan daripada MBKS kepada 19 buah masjid dan surau sekitar kawasan seliaan MBKS.

Sebelum itu, Datuk Wee Hong Seng bersama Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Zaiedi Suhaili turut menyertai majlis berbuka puasa bersama komuniti yang hadir pada program tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE