fb fb fb fb fb

Masalah dadah tempat kerja; MBDK beri komitmen bertulis

Datuk Bandar Klang Datuk Abd Hamid Hussain / FOTO RTM

KLANG, 13 Disember- Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di negara ini yang menyatakan komitmen secara bertulis dalam menyokong usaha kerajaan bagi membendung permasalahan dadah di tempat kerja.

Justeru, satu memorandum persefahaman (MoU) Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) ditandatagani, antara Agansi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan MBDK.

Datuk Bandar Klang Datuk Abd Hamid Hussain berkata, dalam menjayakan program TEKAD itu, pihak majlis turut mengaktifkan Jawatankuasa Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) diperingkat MBDK untuk membanteras penyalahgunaan dan jenayah terkait dadah atau bahan terlarang dalam kalangan kakitangan.

Jawatankuasa Pencegahan Dadah di MBDK diwujudkan bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Majlis Bandaraya Diraja Klang selaras dengan Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Penyalahgunaan Dadah, Alkohol dan Bahan di Tempat Kerja bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Sementara itu, Ketua Pengarah Operasi AADK Khairul Anwar Bachok dalam ucapannya berkata, bedasarkan statistik pihaknya, sehingga September lalu jumlah penyalahgunaan dan penagih dadah serta bahan terlarang adalah seramai 169,691 orang. 

Daripada jumlah itu, kategori pekerjaan bagi sektor awam adalah sebanyak 1,035 orang dan sektor swasta 38,942 orang.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE