fb fb fb fb fb

MB Negeri Sembilan ajak iktikaf di masjid kejar Lailatul Qadar

Foto FB dsaminuddinharun

SIKAMAT, 6 April -Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun melakukan Qiamulail dan beriktikaf sepanjang 10 malam terakhir Ramadan dengan menjelajah ke 10 buah masjid di sekitar negeri itu melalui Jelajah Ihya Ramadan bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

Menurut Aminuddin aktiviti berkenaan secara tidak langsung mengajak masyarakat Islam untuk melazimkan ibadah tersebut sekali gus menghidupkan institusi masjid terutama ketika bulan Ramadan.

"Saya akan berada di masjid Sikamat untuk beriktikaf dan Qiamulai bersama sama anak anak dan dewasa untuk kita sama-sama mencari malam Lailatul Qadar yang mana kita berharap dan berdoa supaya kita dapat bertemu dengan malam tersebut dan juga kita dapat memohon keampunan daripada Allah", katanya demikian ketika ditemui di Masjid Dato' Klana Petra Mohd Yusof di sini.

Dalam pada itu, beliau turut berpuas hati dengan sambutan yang diberikan terhadap jelajah kali ini, terutamanya dalam kalangan orang muda.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD