fb fb fb fb fb

MB Kelantan ucap terima kasih atas keprihatinan PM

Foto facebook Mohd Nassuruddin Daud

KOTA BHARU, 30 Disember - Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penyaluran wang ihsan RM177.96 juta kepada negeri Kelantan.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, keseluruhan jumlah yang diterima bagi tahun ini ialah RM2,17.96 juta.

Kerajaan Negeri turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semasa turun ke Kelantan, Khamis lalu bagi meninjau situasi banjir dan melawat penduduk terjejas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Ini termasuk meluluskan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.

"PM turut mengumumkan proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta itu akan dimulakan pada tahun depan," kata Nassuruddin menerusi ciapannya di facebook rasmi.

Jelasnya lagi, Kerajaan Negeri akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyegerakan urusan pengambilan balik tanah untuk projek-projek terlibat.

Beliau yakin pengumuman dibuat Anwar itu akan memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat negeri Kelantan sekali gus memperkukuhkan semangat federalisme antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selari dengan budaya politik matang dan sejahtera.

TETITIA YUSOFF