fb fb fb fb fb

 Maybank Islamic, IAM beri sumbangan kepada 400 keluarga asnaf di Baling

Presiden IAM, Zawahir Abdullah menyampaikan sumbangan kepada penerima

BALING, 19 Mac- Seramai 400 keluarga yang kurang berkemampuan di daerah Baling, Kedah menerima sumbangan Ramadan daripada Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM).
 
Sumbangan, bersempena program Ramadhan Relief Serantau 1445H/2024 - Program Fasa 3 Peringkat Negeri Kedah.
 
Program diadakan di dua lokasi iaitu Masjid Jamek Al-Ittifaqiyyah, Kampung Charok Puteh, Mukim Siong dan Masjid Kampung Tandop Bongor, Baling.
 
Setiap masjid melibatkan 200 penerima dari kawasan kariah masing-masing.
 
Setiap keluarga menerima sumbangan berupa pek makanan yang mengandungi barangan keperluan makanan harian seperti beras, gula, sardin, tepung, minyak masak, susu, makanan dalam tin dan lain-lain.
 
Presiden IAM, Zawahir Abdullah berkata kesemua penerima sumbangan terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal miskin, anak yatim miskin dan orang kurang upaya (OKU) miskin yang telah dikenal pasti layak menerima bantuan.

"Kita jangka sumbangan ni dapat meringankan beban untuk keluarga yang memerlukan khususnya dalam meringankan beban mereka untuk menyambut bulan puasa,"katanya.
 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE