IPOH, 24 Februari- Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines, Ipoh hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad menerusi satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan bagi membantu pihak polis mengambil mayat seorang wanita pada kira-kira pukul 10.20 pagi tadi.
"Kami segera mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh ke lokasi kejadian dan mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap, dan kad pengenalan juga ditemukan,” katanya.
Beliau berkata, mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Operasi tamat pada pukul 11.24 pagi.