fb fb fb fb fb

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui terapung

 



PARIT BUNTAR, 8 Januari - Satu mayat tanpa identiti ditemui terapung oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau Terong dekat Kuala Kurau, di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali, dalam satu kenyataan memaklumkan, maklumat penemuan mayat itu diterima daripada komuniti nelayan setempat yang melakukan aktiviti perikanan di kawasan terbabit.

Berikutan itu, pasukan bot ronda digerakkan ke lokasi berkenaan dan menemui satu mayat terapung lengkap berpakaian tanpa sebarang pengenalan identiti.

" Usaha mengangkat mayat tersebut dilakukan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia dengan dibantu nelayan," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

"Mayat dipindahkan ke bot pasukan penyelamat di muara Sungai Tinggi untuk dibawa ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Kerang", katanya lagi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media Baharu