fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan, seorang lagi masih hilang

Foto JBPM

KOTA TINGGI, 21 Julai - Mayat salah seorang daripada dua lelaki yang dilaporkan lemas di Pantai Batu Layar, di sini pagi tadi telah ditemukan kira-kira pukul 3.19 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Syahmie Zamzam, 26 tahun ditemukan pada jarak 100 meter dari persisir pantai.

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Punggai Pegawai Bomba Mohammad Saifulizam Mohd Rofi berkata, usaha mencari seorang lagi mangsa Haqim Abdul Rahim Lee, 20 tahun masih dijalankan.

Kedua-dua mangsa dilaporkan lemas semasa mandi pukul 9.38 pagi tadi pada jarak lima kilometer daripada persisiran pantai.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Najib Sam memaklumkan kawasan pencarian Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) merangkumi tujuh batu nautika persegi dan akan diperluas mengikut keperluan. 

Pencarian itu juga dilakukan di darat sepanjang Pantai Batu Layar.

TETITIA YUSOFF