fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan dalam parit dilapokan hilang sejak 10 hari lalu

FOTO ORANG AWAM

SUNGAI PETANI, 26 Januari- Mayat seorang lelaki yang ditemukan di dalam parit bersama sebuah motosikal di sebuah ladang kelapa sawit Sungai Petani semalam adalah mangsa kemalangan yang dilaporkan hilang sejak 10 hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan menerusi kenyataan hari ini berkata pihak polis menerima laporan penemuan mayat di selekoh Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau itu pada pukul 7.30 malam.

Katanya mangsa berusia 42 tahun, bekerja sebagai buruh beralamat Taman Merpati Sungai Lalang Bedong Kedah ditemukan di dalam saliran air sebelah kanan selekoh terbabit kira-kira pukul 10.30 malam.

Motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan.

Kedalaman saliran air hampir tiga meter menyebabkan mangsa sukar dilihat serta untuk mendapat bantuan sewaktu kejadian.

Berdasarkan siasatan awal polis terdapat kesan geseran atau seretan pada bahu jalan sebelah kanan dipercayai terhasil dari kemalangan itu.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (HSAH) untuk bedah siasat.

Terdahulu sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat BBP Aman Jaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rashid Mamat bersama enam anggota ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.27 petang semalam.

Pihak bomba mengalami kesukaran untuk memandangkan keadaan hujan lebat yang menyebabkan mangsa hanyut dalam arus deras.

Setelah pencarian dilakukan, Pasukan Keluaran Operasi PKO melaporkan menemui rangka dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa pada pukul 10.12 malam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE