fb fb fb fb fb

Mayat lelaki ditemukan dalam kawasan semak

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING, 20 Januari-  Satu mayat lelaki ditemukan terapung dalam longkang di kawasan semak di Jalan Kong Phin di Kuching pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM sebelum penemuan mayat berkenaan pada pukul 9.30 pagi, pihaknya telah menerima laporan mengenai kehilangan seorang lelaki, Lim Kin Fiew berusia 53 tahun beralamat di kawasan yang berdekatan.

Tambahnya JBPM segera ke lokasi berkenaan selepas menerima panggilan daripada Balai Polis Kota Sentosa sekitar pukul 8.40 pagi tadi.

Mangsa telah disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE