fb fb fb fb fb

Mayat dua hanyut di Sungai Triang ditemukan

Foto FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang

KUANTAN, 18 Ogos- Mayat remaja dan kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus semasa mandi di Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong, Bera pada Selasa lepas, masing-masing ditemukan pada malam dan awal pagi tadi. 

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Muhammad Nik Iqmal Shah Ismail, 15, ditemukan pada 10.30 malam, kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian. 


(Foto FB Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang)

Mangsa kedua dilaporkan dijumpai oleh orang awam anggaran jarak 400 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh. Mayat Muhammad Danial Irsyad Norazlan, 11, pula dijumpai terapung pada 1.30 pagi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi pencarian berakhir dengan penemuan kesemua mangsa.

Pada 3.30 petang Selasa, kedua-dua mangsa dipercayai telah dihanyutkan arus deras selepas terlepas daripada pelampung semasa mandi di sungai itu bersama beberapa rakan sekolah.

 

 

Media Baharu