fb fb fb fb fb

MAVCOM gantung Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline serta-merta

Pesawat MYAirline

KUALA LUMPUR, 1 Oktober- Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.

MAVCOM dalam kenyataan berkata, keputusan itu selaras dengan seksyen 43(1) Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 [Akta 771].

MAVCOM telah menerima penjelasan bertulis MYAirline pada 27 Oktober 2023 dan mendapati penjelasan yang diberikan oleh syarikat penerbangan tersebut, tidak memuaskan.

MAVCOM juga mempertimbangkan pembatalan ASL MYAirline, namun ia akan memberi kesan kepada usaha untuk memulakan bayaran balik kepada penumpang yang terjejas

"Keputusan itu juga dibuat dengan tujuan untuk melindungi kepentingan penumpang dan pekerja-pekerja yang terjejas disebabkan oleh penggantungan operasi MYAirline, serta mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan pasca pandemik COVID-19", menurut kenyataan itu.

MYAirline masih bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik terhadap penumpang-penumpang yang terjejas mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC), walaupun ASLnya telah digantung.

"Seramai 117,000 penumpang dianggarkan terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline, dengan nilai jualan hadapan lebih RM22 juta bagi penerbangan berjadual dari 12 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

MAVCOM berkata sebahagian besar jualan hadapan itu daripada agensi pelancongan iaitu sebanyak RM12.8 juta, diikuti RM9.2 juta daripada pembayaran yang dibuat menggunakan kad kredit atau debit.

Pasukan petugas MAVCOM telah diberi mandat untuk melihat isu bayaran balik penumpang yang terjejas dan memberikan cadangan mengenai langkah seterusnya. Ini termasuk penyelarasan mekanisme perlindungan pengguna penerbangan.

MAVCOM akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi mencari penyelesaian buat penumpang-penumpang yang terjejas untuk mendapatkan wang mereka kembali.

ROSLINA BINTI DIN